oleh : wan syaf

CINTA.Isltilah ini amat popular.Ia mudah dikata,tetapi sukar untuk diertikan.Tatkala melafazkan istilah ini,ia mencetuskan pelbagai makna dan perasaan buat sesorang.Ada getaran di suara apabila menyebutnya,ada gambaran indah di layar minda apabila mengingatinya dan ada perasaan berbunga di hati tatkala menghayatinya.
         Cinta boleh menjadi istilah yang paling disukai atau paling dibenci,bergantung kepada saat bahagia atau deritanya seseorang kerana cinta.Namun ia biasanya dikaitkan dengan cinta lelaki kepada perempuan yang mengasyikkan.Dalam erti kata lain,cinta di alam remaja yang disebut sebagai cintan-cintun.Tetapi,apabila ruang lingkup cinta itu diperluaskan,kita akan dapati cinta itu mencakupi cinta anak kepada ibu bapanya,kepada isteri atau suami,kepada sahabat,alam,kampung,negeri,negara dan yang paling mutlak ialah cinta kepada al-Khaliq iaitu ALLAH s.w.t.
          Dalam pada itu,oleh kerana mudahnya istilah cinta ini disebut-sebut,ia seolah-olah sesuatu yang begitu mudah dicurahkan.Bahkan,adakalnya ia menjadi begitu murah.Kerana apa?Kerana pada pelbagai ketika dan keadaan,kita sebenranya tidak menyintai apa atau siapa yang kita cinta.Ia berlaku apabila kita tidak mengerti perasaan kita tersendiri akibat daripada tidak menyelami sanubari.Ini terjadi apabila kita menyintai kerana terikut-ikut dengan dunia cinta orang lain.Cinta ikut-ikutan ialah apabila kita turut bercinta semata-mata kerana kita lihat orang lain bercinta.Kalau orang lain menggilai gajet komunikasi seperti i-Pad,Blackberry,kita pun turut suka  walaupun kita hanya menggunakan alat-alat itu untuk kegunaan asas seperti menelefon dan mengirim teks sahaja.
         Cinta apabila 'ada' juga bukan cinta yang luhur,kerana ia ada kepentingan.Orang kata,ada wang sayang abang,tiada wang abang melayang.Ertinya,cinta itu hanya datang apabila memenuhi kehendak kita.Cinta pada pasukan bola sepak Malaysia selagi mana mereka menang,tetapi membencinya sekiranya mereka tewas dan melukakan jantung hati kita,itu belum cinta namanya.Kita masih boleh terus menyintai,meskipun ia tidak akan dibalas.Umpama seorang pelukis dengan lukisannya meskipun lukisannya tidak mampu  untuk membalas cintanya.Untuk kukuh dalam cinta luhur,kita bukan sahaja perlu menyintai sesuatu itu pada pandangan mata,tetapi menyintai,mengkaji dan memahami asal usul.kebaikan,keburukan,malah menerima dia atau ia pada hari esoknya.
          Paksi cinta juga mestilah seiring dengan cinta kita kepada ALLAH s.w.t.Ia bukan memberi cinta kerana ikut-ikutan atau taklid.Ia bukan menyintai kerana memperoleh hidayah dan hilang cinta apabila menerima musibah.Bukan juga menyintai dengan melakukan ibadah kerana ia tanggungjawab semata-mata.Cinta yang hanya menggunakan akal fikiran dan tidak disertai dengan perasaan telah mengenepikan ciri utama cinta jiwa halus tempat asal dimana cinta itu membenih bibit-bibitnya....